TOP 3 OF THE POST

Friday, 8 April 2011

PETUA MENGHILANGKAN PARUT

as SALAM

haa,post yg ne dtulis sbb ad my prend (Aisa Rosman )demand,nk tau cmne nk ilang kan parut..
so,dpt laa maklumat..KEBERKESANAN TU XPASTI LAA..tpi,biase petua nenek2 moyang kita ne mnjadi..
INSYAALLAH menjadi kalo selalu amal..kre sbahagian dri usha laa nee..


PETUA 1 :
Anda perlukan beberapa biji asam jawa.. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit..Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker..Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda..Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.


PETUA 2 :
 Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.


PETUA 3 :
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. 


PETUA 4 :
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...


PETUA 5 :
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas


PETUA 6 :
 Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. 


PETUA 7 :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari..(yg ne xsure laa)


*mungkin ambik mase untuk menunjukkan hasil..INSYAALLAH akan menjadii...

WSLM

0 comments:

Post a Comment

TOLONG CLICK SKALI BOLEH X? JUST 1 CLICK. TIME KASEH ^_^