TOP 3 OF THE POST

Tuesday, 19 April 2011

5 SEBAB KENAPA KENA MAKAN BUDU

as SALAM..

hahaha..kali ni nk cite pasal BUDU..
haa,kalo org pantai timur nie mmng famous laa budu..tpi yg tak suke pn ramaiiiiiiiii~
terutama girlzz..kata busuk laa,meloyakan..
nati lepas baca nie,kne mkn la...1st,korg kena tau yg budu pn ada khasiat..

kt bwh nie ada senarai KHASIAT BUDU..


Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit..haa,girlz mne tak mau awek muda

 
Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno"..sape kata budu tak ada khasiat




Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan..boleh slim laa makan budu
 

Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.



Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa..nati jadi bijak...



haa,mmng budu nie mmng baek untuk kesihatan...cpt2,g dapo cari budu..
kne slalu mkn budu laa..hahaha..rugiiiii~..

k.WSLM

0 comments:

Post a Comment

TOLONG CLICK SKALI BOLEH X? JUST 1 CLICK. TIME KASEH ^_^