TOP 3 OF THE POST

Friday, 22 April 2011

EARTH DAY 2011 - 41st CELEBRATION

 as SALAM to all muslim

SELAMAT HARI BUMI (EARTH DAY)  YG KE-41
hari ini yg bertarikh 22 APRIL 2011 merupakan sambutan EARTH DAY..
EARTH DAY diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar..
nak cite ckit psal sejarah EARTH DAY nie ..

(dipetik dari WIKIPEDIA)

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson
EARTH DAY 2001
mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam
EARTH DAY 2002
sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara.

Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya."
EARTH DAY 2003
Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental
EARTH DAY 2004
Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana
EARTH DAY 2005
yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
EARTH DAY 2006

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada

1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai
EARTH DAY 2007
berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


(dipetik dari WIKIPEDIA)
EARTH DAY 2008

5 cara yang disyorkan untuk menyambut hari Bumi:

1.tanam  pokok
2.kitar semula
3.belajar sesuatu berkaitan alam sekitar
EARTH DAY 2009
4.Kurangkan pembelian barang baru, gunakan barangan sedia ada
5.Galakkan kanak-kanak kitar semula permainan mereka yang lama
6.Bersihkan kawasan dan buang sampah sebetulnya
EARTH DAY 2010
7.Nyanyi, dengar dan hayati ‘Earth Song’
8.Adakan earth day fair, pameran dan sebagainya

9.Taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi
10.Memakai warna hijau atau coklat, badge khas hari bumi
11.Galakkan perbincangan mengenai hari bumi
EARTH DAY 2011
bersama kawan-kawan
12.Masakan istimewa sempena hari bumi, makanan segar dari ladang
13.Sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi
14.Gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang munasabah
15.Sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi
EARTH SONG-MJ

SEMOGA KITA SEMUA MENJAGA BUMI NI DGN BAEK..
BUMI KITA NI DA TUA,PERLU DIJAGA..
SAYANGILAH BUMI KITA..
WSLM

Thursday, 21 April 2011

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA DAN KELETIHAN

as SALAM 4 all

dlm tgh2 explore,jmpe laa pasal nie..nampak cm info yg berguna 
4 sharing2..betul ke x,xtau laa..
katanya,cara pernafasan yg tertentu dapat mengurangkan sakit kepala dan keletihan..
sume manusia ada 1 hidung..tapi pada 1 hidung ada 2 lubang hidung,sebelah kanan dan kiri..
adakah fungsi kedua-dua lubang hidung tu sama??

katany,sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

 kalo sakit kepala , cuba menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri
dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan berkurang dan lama2 ok. .

kalo kita merasa lelah/letih , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama lepas tu, kita akan rasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

pompuan/girlzz bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki/guys bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah korg pernah perhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , korg akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , korg akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara nie jgk boleh diajar kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

so,conclusion nyaa,cara pernafasan yg berbeza memberi kesan yg berbeza pada tubuh kita..
boleh laa cuba2..kalomenjadi,amal2 kan slalu..xperlu guna duit pn kn..

k laa..thats all 4 now..
WSLM

Tuesday, 19 April 2011

5 SEBAB KENAPA KENA MAKAN BUDU

as SALAM..

hahaha..kali ni nk cite pasal BUDU..
haa,kalo org pantai timur nie mmng famous laa budu..tpi yg tak suke pn ramaiiiiiiiii~
terutama girlzz..kata busuk laa,meloyakan..
nati lepas baca nie,kne mkn la...1st,korg kena tau yg budu pn ada khasiat..

kt bwh nie ada senarai KHASIAT BUDU..


Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit..haa,girlz mne tak mau awek muda

 
Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno"..sape kata budu tak ada khasiat




Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan..boleh slim laa makan budu
 

Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.



Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa..nati jadi bijak...



haa,mmng budu nie mmng baek untuk kesihatan...cpt2,g dapo cari budu..
kne slalu mkn budu laa..hahaha..rugiiiii~..

k.WSLM

Sunday, 17 April 2011

10 PESANAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN

as SALAM

hidup nie penuh dgn suka dan duka,bermula lah dri yg boleh diucap sehingga yg xmmpu diucap dgn kata2..
bila kebahagian datang mendampingi kita,ALHAMDULILLAH...
tpi bila kesusahan/keperitan datang melawat,kuatkn semangat..sme2 menyokong..
same2 memberi pesan..so,kt bawah ada pesanan yg berguna dalam hidup niee.jomm,tgkk!!


 
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaf ini tanda kelemahan diri, kesal  lah dgn keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur dgn nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan,menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.



bila kita da tau,skurgnyaa dpt laa mngubah diri ke arah kebaikan dan berkongsi ilmu yg bermanafaat..k
WSLM..

Saturday, 16 April 2011

MENYINGKAP RAHSIA DIRI MELALUI GERAKAN TANGAN

as SALAM...
tahukah korg sume bahawa setiap pergerakan anggota badan or bak kata JESSE MCCARTNEY - "BODY LANGUAGE" sedikit sebanyak mempamerkan sikap,personaliti dan perangai korg..

so,kat bawah nie ada tersenarai cara tingkah laku tangan dan personaliti yg mungkin dimiliki..


1.Memicit Atau Memegang Hidung 
-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2.Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
-Suka ikut kepala sendiri
-Pentingkan diri sendiri
-Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat
 
3.Bermain Dgn Tangannya
-Mempunyai tahap humor yang tinggi
-Pandai berjenaka
-Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
-Jenis open minded

4.Mematahkan Jari Jemarinya
-Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
-Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

5.Menggigit Kuku
-Gugup dan gementar bila berbicara
-Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

6.Memintal Hujung Rambut
-Suka berkhayal
-Sukar diperdayakan
-Keras kepala

7.Menongkat Dagu
-Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
-Suka mendengar masalah teman2
-Setia dlm persahabatan

8.Suka Letakkan Tangan Atas Meja
-Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
-Peramah
-Suka bergantung pada orang lain

9.Menggosok 2 Telapak Tangan

-Ramah dan berfikiran matang
-Suka berterus terang dan tidak suka ckap berbelit2
-Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

10.Memutar Cincin
-Sangat menepati janji
-Berhati2 dlm tutur kata
-Gemar hidup yang teratur



da abis bace daaa..sdikit sebanyak dapat tau jgk perangai/sikap kita....
k..WSLM

KENALI PERSONALITI DISEBALIK CORAK

as SALAM..

haa,kali nie nak post pasal cara mengenali personaliti melalui corak...
PAKAR PSIKOLOGI telah mencipta corak2..dan dorg telah uji di peringkat global selama beberapa taun..
dlm ujian ne,dorg mendapati terdapat 9 personaliti asas manusia..


apa yg perlu korg buat adalah pilih salah  satu corak yg ada kt bwh..
kalo nk suroh btl2 jdi,kne plih ikut apa yg hati korg plih..
tak leh plih sbb lawa ke,mnarik ke..kne ikot pe yg gerak hati korg plih..



soo,pilih dahh???
jgn nk maen tipu plak yeee...
so,skrg korg bleh tgk huraian nyaaa..


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
 
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

 

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
 
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, desakan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

 
3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

 
 4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
 
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

 
5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
 
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

 
6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
 
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

 
7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
 
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

 
8- Romantis, Pelamun, Beremosi
 
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

 
9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
 
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.



soo,da tau daa...k..
WSLM..

Wednesday, 13 April 2011

PERBEZAAN ANTARA CINTA,SAYANG ,MINAT DAN SUKA

as SALAM..

topic kali nei nie pnting sgt nie..
spe2 pn kt atas muka bumi nie,msti ada prasaan antara salah satu kt seseorang..
mmng..xdpt lari..memang 2 naluri manusia..
mai kita tengok apa beza CINTA,SAYANG,MINAT dan SUKA...


>>CINTA
- Korg memang mengharapkan dia menjadi milik korg. Segala apa yang korg buat, klau bleh nak dia tau.. dan korg sebolehnya tak mau sakitkan hati dia.. korg akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta d'tujukan kepada seseorang yg korg selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya korg akan kesunyian dan korg mencintai spenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


>>SAYANG 
- Korg memerlukan dia di masa korg mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka.. selalunya korg akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah korg. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah korg )

>>SUKA 
- Korg sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, korg rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, korg taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka d'tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada korg..kire penghibur laa..)


>>MINAT
- Apa yg ada pada dirinya yang menarik korg untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat d'tujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang korg mahukan/idamkan… )

 
Tetapi korg kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang korg tak akan CINTA pada seseorang itu…


so,fikir2 kan laa..korg ada perasaan yg mne kt someone..
WSLM

JOUMMM!! READIN' LAWAK KAMPUS IV

as SALAM


RUPA SEBENAR


DASYAT

NIAT TERSEMBUNYI

BIADAP

JAHIT

KEMUNCULAN

ARUS PERUBAHAN

HURUF APA TU

LAWAK MAKAN DIRI

TAK GUNA

BALAS DENDAM

SAKIT JIWA


Tuesday, 12 April 2011

22 CIRI SOMEONE MENCINTAI KAMU

as SALAM

hhohoho,bce tjuk pn mnarik daa..hahaa
mcm2 laa..tpi bg org yg btl2 nk tau,bg dia,penting sgt niee..

sbb mngkin org 2 nk make sure yg dia nie btl2 ke disayangi..kihh3
ada 22 ciri kalo kita nk tau org 2 mncintai kamoo..

ne pn dpt time2 ronda2..bez jgk kalo bincang psal nee..




1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Ketika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.




k laa..chowww..WSLM

TOLONG CLICK SKALI BOLEH X? JUST 1 CLICK. TIME KASEH ^_^